Sabtu, 27 Oktober 2018

Pengenalan Bahasa Nepal


Nepal merupakan salah satu destinasi terkenal dalam kalangan pengembara dari serata dunia. Ia mula dikenali ramai apabila ia membuka pintunya semula kepada dunia pada 1951. Kebanyakan orang Nepal di bandar boleh berbahasa Inggeris sedikit-sedikit. Namun, pengetahuan dalam bahasa kebangsaan Nepal boleh memudahkan kehidupan kita semasa mengembara. Cubalah belajar sedikit bahasa Nepal. Walaupun tidak fasih, namun pengetahuan yang sedikit itu membolehkan kita berkomunikasi di peringkat asas. Hal ini boleh membantu mendekatkan jurang kebudayaan dan memperdalam pengalaman kita dalam masyarakat yang berbeza-beza. Sila rujuk lanjut di sini.