Pengenalan Bahasa Nepal

Trekking adalah kegiatan terkenal bagi pengembara di Nepal. Jika kita bergerak jauh dari kawasan pelancongan utama, maka komunikasi akan menjadi lebih sukar kerana kawasan pedalaman masih banyak yang belum menerima kemudahan pendidikan.

Bahasa Nepal ini tergolong dalam kalangan bahasa Indo-Arya. Ia berdekatan dengan bahasa Hindustan terutamanya bahasa Maithili. Ia boleh jadi juga berdekatan dengan bahasa Melayu kerana pengaruh bahasa Sanskrit yang dibawa oleh kelompok Suta atau pengelipurlara Brahman di Asia Tenggara pada zaman purba. Bahasa Nepal bukan sahaja merupakan bahasa kebangsaan di Nepal. Ia merupakan bahasa komunikasi utama di Sikkim, Darjeeling dan lain-lain bahagian India, Tibet dan Bhutan.

Statistik pada 1996 menunjukkan bahawa bahasa Nepal sudah dituturkan oleh 30 juta orang. Sukarelawan Peace Corps dan orang asing yang berada di Nepal lama adalah antara penutur bahasa Nepal sebagai bahasa kedua. Selain itu, lima puluh peratus dari penduduk Nepal juga menuturkannya sebagai bahasa kedua. Nepal mempunyai 19 juta penduduk dengan 30 bahasa asli. Bahasa Nepal menjadi lingua franca bagi semua etnik ini dan menjadi pemersatu mereka semua.

Di samping itu, bahasa Nepal juga mempunyai pelbagai loghat. Bahasa Nepal yang kita perlu pelajari adalah bahasa Nepal standard yang boleh difahami di seluruh negara. Bahasa Nepal juga menggunakan aksara Devanagri, iaitu aksara yang sama digunakan untuk bahasa Sanskrit dan bahasa Hindustan. Untuk pelajaran kita ini, kita akan terus gunakan aksara Devanagri kerana aku sudah malas.

Bahasa Nepal juga mempunyai dua bentuk iaitu bentuk rasmi dan bentuk tidak rasmi. Dalam pelajaran kita, bentuk tidak rasmi dijadikan contoh kerana ia memudahkan komunikasi. Kita boleh gunakan kosa kata yang sedikit untuk mengungkapkan idea dalam bahasa Nepal yang akan dipelajari. Jangan lupa carilah kawan-kawan Nepal yang bekerja sebagai pekerja migran di restoran dalam supermarket atau di mana-mana untuk mempraktiskan pelajaran.

Selamat belajar dan good luck!