Sila rujuk yang berikut:
- तपाईं कहाँ जानुहुन्छ ? Kamu hendak pergi mana?
- तपाईं कहाँ बस्नुहुन्छ ? Di manakah kamu tinggal?
- के छ ? Apa khabar?
- ठीक छ Baik
- हाल खबर के छ ? Apa cerita?
- ठीकै छ Boleh tahan
- खाना खानु भयो ? Sudah makan?
- फेरी भेटौला Jumpa lagi
Sila beri perhatian juga, orang Nepal sering menggunakan imbuhan -ji atau kadang-kadang -ju selepas nama orang sebagai tanda hormat. Hal ini, rasanya hampir sama seperti dalam bahasa Jepun yang suka menyebut nama orang dengan diikuti dengan -san. Contohnya seperti berikut:
- रामजी तपाईं कहाँ जानु हुन्छ ? Encik Rama, kamu hendak ke mana?