Sebutan Bahasa Nepal

Bahasa Nepal sebenarnya mudah sahaja untuk disebut. Tiada sebarang nada seperti bahasa Thai, bahasa Burma atau bahasa Cina. Aksara bahasa Nepal mempunyai 67 suku kata. Aksara Devanagri digunakan dan ia mudah sahaja bagi kita kerana kita sudah terbiasa dengan aksara ini.

Suara

Terdapat enam suara atau vokal. Dua suara adalah gabungan antara dua suara yang kita sebut sebagai diftong dalam bahasa Inggeris. Kebanyakan daripada suara ini juga berbunyi sengau, menjadikan suara dalam bahasa Nepal berjumlah sebanyak 15 suara. Bunyi sengau akan ditandakan dengan virama dalam aksara Devanagri bahasa Hindustan.
  • Suara pendek a i u e o
  • Suara panjang ā ī ū ai au
Vayañcana

Vayañcana ini bermaksud konsonan dalam bahasa Sanskrit. Apabila vayañcana digandakan maka ia mesti disebut dengan dua kali ganda tekanan.
  • yo, sebutannya pendek sahaja
  • ro, sebutannya lebih kurang sebutan dalam bahasa Jawa
  • lo, sebutannya seperti biasa
  • śo, sebutannya sama seperti perkataan sri dalam bahasa Melayu
  • ho, sebutannya keras seperti dalam bahasa Melayu namun di tengah perkataan ia tidak dibunyikan langsung
Vayañcana Mahāprāṇa

Sebutan ini ditekan dengan tahanan alat-alat pertuturan. Boleh rujuk di bawah kerana aku tak tahu nak jelaskan.
  • to
  • tho
  • pho
  • co
  • jo, dzo
Vayañcana Bergulung

Sebutan dihasilkan dengan menggulungkan lidah ke atas dan ke belakang menghala ke langit-langit. Rujuk cara sebutan bahasa Jawa untuk lebih mudah pemahaman. Aksara-aksara tersebut adalah seperti berikut.
  • to
  • dho
  • ḍo
  • do
  • ḍho
Tekanan Perkataan

Kedudukan suku kata yang ditekan dalam perkataan bahasa Nepal itu bergantung kepada panjang atau pendeknya nada suara. Rujuk balik kepada nada suara di atas itu. Dalam perkataan yang mempunyai dua suku kata, jika suku kata terakhirnya itu ditutup dan mengandungi nada suara panjang, maka ia pun ditekan. Jika tidak, suku kata awalnya yang ditekan. Contoh seperti berikut:
  • चुरोट chu-ro rokok
  • अब a-ba mulai sekarang
Dalam perkataan yang mempunyai lebih daripada dua suku kata, terdapat tiga corak untuk tekanan suku katanya. Ia disenaraikan mengikut susunan kekerapan:
  • Jika suku kata kedua terakhir itu mempunyai nada suara panjang, maka ia akan ditekan. Contohnya seperti perkataan सिमा si- yang bermaksud sempadan.
  • Jika suku kata terakhir tertutup, dengan dua vayañcana terakhir atau nada panjang, maka ia akan ditekan. Contohnya perkataan हिन्दुस्थान Hin-du-sthān yang merujuk kepada India.
  • Jika suku kata kedua terakhir itu nadanya pendek dan suku kata terakhirnya terbuka, atau tertutup dengan nada suara pendek dan satu vayañcana, maka suku kata terakhir itu ditekan. Contohnya seperti हल्का ha-lu-ko bermaksud ringan.