Perkara
pertama yang patut kita ketahui adalah untuk bertegur sapa dengan
penduduk tempatan. Di Nepal, sama seperti di India mereka menggunakan
ungkapan 'namaste' untuk bertegur sapa. Namaste maksudnya, 'saya menyembah dewa-dewa atau pancaran Tuhan yang berdiam dalam jiwa anda'.
Namaskar pun boleh digunakan namun ungkapan ini adalah terlalu rasmi dan jarang digunakan kecuali dalam keupacaraan. Bagi penutur bahasa Melayu, mungkin anda sudah terbiasa dengan mengangkat sembah walaupun hanya dalam situasi rasmi apabila bertemu dengan raja-raja sahaja. Di Nepal, mengangkat sembah ini biasanya digunakan untuk bertegur sapa sama seperti anda bersalam.

Sila perhatikan ungkapan-ungkapan berikut:
- नमस् / नमस्कार Salam
- तपाईंलाई कस्तो छ ? / आरामै हुतुहुन्छ ? Apa khabar
- मलाई सन्चै छ Saya baik
- अनि तपाईंलाई Dan awak?
- सुभरात्रि Selamat malam