Tatabahasa Bahasa Nepal

Bahagian ini mengandungi maklumat-maklumat asas tentang struktur bahasa Nepal dan beberapa bentuk peraturan tatabahasa bahasa Nepal. Ia akan membantu anda belajar bahasa Nepal dengan segera yang mana anda akan dapat berkomunikasi dengan hanya menggunakan kosa kata terhad mengikut corak ayat yang disediakan.

Susunan Perkataan

Kata kerja selalunya berada di hujung ayat. Oleh itu, susunan ayat bahasa Nepal ini adalah subjek diikuti dengan objek dan seterusnya kata kerja.

Salah satu ciri bahasa Nepal ini adalah ia boleh digunakan dengan cara yang sangat ringkas sekali. Hal ini berbeza dengan bahasa tulisan yang memerlukan ayat panjang berjela dan berbunga-bunga. Maklumat yang memang jelas berkenaan sesuatu konteks atau yang tidak relevan dengan sesuatu situasi itu selalunya ditinggalkan sahaja dalam percakapan. Hal ini juga selalu melibatkan subjek kata ganti diri. Khususnya juga, bahasa Nepal selalu meninggalkan kata ganti diri pertama iaitu "aku" mungkin kerana falsafah 'ahamkara' dan jika ayat itu memang merujuk kepada diri si penutur.

Bahasa Nepal bentuk percakapan selalunya diringkaskan sahaja. Sebagai contoh, bentuk-bentuk mufrad (singular) selalunya digunakan dengan maksud jamak (plural). Lihat contoh berikut:
  • मेरो नाम सीता हो Nama saya ialah Sita
  • यो मेरो साथि हो Ini adalah kawan saya