Perkataan sila dalam bahasa Nepal disebut sebagai kṛpayā hanya digunakan dalam penulisan dan situasi rasmi sahaja. Dalam bahasa Nepal yang tidak rasmi, mereka suka menggunakan imbuhan arahan iaitu -hos untuk meminta bantuan seseorang.
Sama juga orang Nepal jarang menggunakan ungkapan terima kasih atau dhanyabād di merata-rata tempat kerana mereka tidak seperti orang Inggeris. Ungkapan ini hanya digunakan untuk bantuan yang tertentu yang diberikan oleh seseorang sahaja. Ia tidak sesuai digunakan di kedai-kedai makan atau kedai-kedai runcit.
Rujukan Kosa Kata
- कृपया sila
- धन्यवाद terima kasih